Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Bukit Aman, Supritendan Mustafa B
Supritendan Mustafa Bakri Salleh

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata, pertukaran pertama membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintenden Mustafa Bakri Salleh  yang bertukar kepada Ketua Polis Daerah Pontian, Johor.

Menurut Asmawati, pertukaran jawatan itu turut melibatkan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Labuan, Sabah, Deputi Superintenden Azhari Zakaria  yang bertukar jawatan kepada Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Sabah. - K! ONLINE