Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Deputi Superintendan Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Superintendan Hasnir Abdul Hamid bertukar kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak dengan memangku pangkat Superintendan.

“Ketua Polis Daerah Dalat, Sarawak, Deputi Superintendan Roslan Leman pula akan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Lawas, Sarawak.

“Ketua Unit Risikan Zon II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mohd. Zati Hamid akan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pertukaran tersebut turut melibatkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah, Deputi Superintendan Parum Niot yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dalat, Sarawak. - K! ONLINE