Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sudah berhubung dengan pihak polis bandar tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Logo PDRM
                         PDRM

“Sehingga masa kini, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang situasi mereka di sana.

“PDRM juga sudah berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di sana dan mereka memberikan kerjasama yang sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Tabung Prihatin Pengaman Yayasan Pengaman Malaysia di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fuzi, pihak polis bandar itu masih belum memberikan sebarang jangka masa untuk penyiasatan mereka akan selesai.

“Jika siasatan di sana sudah selesai, baru kita fikirkan untuk ambil alih penyiasatan kes tersebut di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Perkara ini memakan proses yang panjang disebabkan siasatan dijalankan mengikut undang-undang mereka (Hong Kong),” ujarnya.

Akhbar pada 2 Disember lalu melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Malaysia akan membuat permohonan ekstradisi daripada pihak berkuasa Hong Kong ke atas enam rakyat tempatan yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa negara itu kerana disyaki menyeludup dadah. - K! ONLINE