Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah mengeluarkan arahan supaya pasukan tersebut dihantar ke Langkawi.

“Pihak polis sudah mengenal pasti masalah berkaitan dadah di pulau tersebut.

“Statistik berkaitan usaha-usaha yang kita laksanakan itu  akan diberikan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan masalah dadah di Pulau Langkawi disifatkan sudah parah meskipun pihak berkuasa telah menjalankan tugas dengan baik dalam membanteras pengedaran dan penagihan barang terlarang tersebut selama ini.

Akhbar itu yang memetik Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, masalah itu bukan perkara baharu malah berlarutan sejak sekian lama khususnya apabila pengedar-pengedar dadah besar ini masih bebas membekalkan barangan terlarang itu kepada ‘tokan’ yang menjualnya. - K! ONLINE