"Tidak ada, tidak pernah ada," katanya ketika ditanya sama ada pihaknya dihubungi FBI dan polis Indonesia bagi membantu mengesan kapal berkenaan yang didakwa dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Surat Serah Hak Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomersilan Produk Inovasi i-Smart Tactical Vest (i-STV) di Bukit Aman di sini hari ini.

Sabtu lepas, portal tempatan melaporkan polis Indonesia menyita kapal mewah Equanimity di Bali yang dikehendaki Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). 

Menurut laporan itu, kapal itu disita atas permintaan FBI yang meminta bantuan menguatkuasakan satu perintah mahkamah. - Bernama