Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak pernah dihubungi pihak berkuasa republik itu berhubung isu berkenaan.

“FBI serta polis Indonesia tidak pernah hubungi kita berhubung kapal berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas sama ada pihak FBI mahupun polis Indonesia ada menghubungi PDRM bagi membantu siasatan kapal mewah milik Jho Low.

Sabtu lalu, sebuah portal tempatan melaporkan, polis Indonesia menyita kapal mewah Equanimity di Bali yang dikehendaki Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Kapal milik ahli perniagaan itu disita pada 28 Februari lalu atas permintaan FBI meminta bantuan menguatkuasakan satu perintah mahkamah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.