Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, siasatan awal yang dilakukan pihak polis mendapati status yang dimuat naik oleh Wendy Loong itu telah pun dipadamkan.

"Pihak polis sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

"Bagi tujuan menjaga keharmonian masyarakat di negara ini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum, di mana-mana jua platform atau rangkaian komunikasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebagai warga Malaysia, setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan serta kesejahteraan negara. - K! ONLINE