Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kes itu tidak membabitkan pelanggaran undang-undang negara ini

“Namun begitu, PDRM akan menjalankan siasatan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil bagi membantu pihak berkuasa Indonesia.

“Kita akan mendapatkan bantuan Polri bagi siasatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan penemuan  ratusan beg plastik hitam dan putih yang dipercayai mengandungi kertas undi pos Indonesia di sebuah premis kosong di Kajang yang tular menerusi media sosial. - K! ONLINE