Dalam tangkapan kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek berusia 31 tahun yang memandu sebuah kenderaan jenis Proton Saga dikatakan telah melanggar penghadang jalan lalu  terbabas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek memecut laju kenderaan terbabit selepas menyedari kenderaanya diekori pasukan polis.

"Ketika pasukan ronda cegah jenayah melakukan rondaan mereka terserempak dengan sebuah Proton Saga yang dilaporkan hilang di sekitar daerah ini semalam.

"Sehubungan itu, mereka bertindak mengekori suspek sebelum dia memecut laju kenderaannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, suspek tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati ia merupakan kereta yang dilaporkan hilang di Taman Semarak, Jalan Chester di sini kelmarin.

"Hasil daripada pemantauan dan rondaan secara berkala, pasukan polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh kurang dari 24 jam," jelasnya.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan saringan ujian kencing mendapati lelaki itu positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - K! ONLINE