Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun itu ditangkap pukul 3.15 petang.

"Hasil pemeriksaan lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini.

"Dia didapati memasuki negara ini untuk berkerja di sebuah ladang berhampiran kawasan tersebut dengan bayaran upah RM50 sehari," katanya tadi.

Katanya, tentera seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. - K! ONLINE