Kelima-lima lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kesemua lelaki berkenaan ditahan ketika pihaknya melakukan Op Anchor di sekitar kawasan terbabit.

Beliau berkata, pemerikaaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua PATI ini telah bekerja di sangkar ikan tersebut sejak setahun yang lalu.

"Kesemua PATI itu kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, pihaknya akan terus pertingkatkan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha menangani perlakuan yang melanggar undang-undang.

Tambahnya, PATI tersebut kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - K! ONLINE