Filem berkenaan boleh ditonton di lima buah pawagam GSC terpilih iaitu di GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang dan GSC Paradigm Mall, Johor Bahru.

Naskah garapan Victor Villanueva itu mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak dan pengkritik sebelum ini selain memenangi anugerah termasuk dari Festival Filem Antarabangsa Qcinema dan Pista Ng Pelikulang Pilipino.

Filem berkenaan yang berdurasi 90 minit dan menggunakan bahasa Cebu sebagai bahasa pengantar mengkisahkan perjalanan seorang penjual makanan jalanan, Iyay (Jaclyn Jose) bersama tiga anaknya untuk menghadiri majlis pengebumian bekas suaminya.

Sepanjang perjalanan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan kisah suka duka yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka. - K! ONLINE