Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr. Annuar Rapaee berkata, pasukan tersebut akan diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa dan menerima panggilan daripada orang ramai melalui talian hotline untuk menangkap anjing-anjing liar.

"Ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa kerajaan serius untuk sekat rabies.

"Kita tidak mahu apabila orang ramai membuat panggilan dan aduan, sehingga dua hingga tiga hari baru nak respons. Ini tidak baik," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama anggota-anggota Pasukan Kawalan Rabies, di sini malam tadi. - Bernama