AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan khuatir orang tengah bertindak mengambil keuntu­ngan melebihi daripada yang sepatutnya.

Katanya, kenaikan harga barangan yang berlaku tidak hanya makanan malah melibatkan kos pengangkutan dan utiliti.

“Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa dan akhir­nya persepsi yang negatif dan tuduhan dibebankan kepada KPDNKK. Akhirnya kebertanggungjawaban itu diletak sepenuhnya kepada kerajaan sedangkan faktor-faktor dan pemboleh ubah yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jualan Mega 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.