Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penilaian anugerah berprestij itu dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk reka bentuk dan falsafah di sebalik penerbitan pasport, ciri keselamatan dokumen perjalanan, material yang digunakan serta teknologi sistem dan pelaksanaan pasport yang dikeluarkan oleh sesebuah negara.

"Pasport baharu ini diperkukuhkan dengan tambahan 20 ciri keselamatan.

"Selain itu dalam dokumen ini turut diselitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang dipaparkan menerusi lambang berkaitan contohnya gambar Istana Negara untuk rukun kepercayaan kepada Raja dan Negara," katanya.

Beliau berkata demikian pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, anugerah itu diterima Jabatan Imigresen Malaysia di Seminar Percetakan Keselamatan Tinggi Asia 2018 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 4 Disember lalu. - K! ONLINE