Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 35 dan 38 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, penahanan suspek terbabit dilakukan hasil laporan daripada mangsa dan risikan pihaknya sejak tiga tahun lalu.

"Dalam operasi tersebut, kita berjaya merampas barang kemas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM300,000 berserta barangan dipercayai milik mangsa terbabit. Suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang dilakukan.

"Kita masih memburu tiga lagi rakan mereka yang terlibat dalam kegiatan samun dan percaya tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini sebentar tadi. - K! ONLINE