Dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, lelaki ber­usia 58 tahun bersama isteri dan pekerja mereka masing-masing berusia 41 tahun sedang mengisi air ketum ke dalam botol untuk dijual kepada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Pe­rak Tengah, Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sewaktu serbuan dijalankan, polis berjaya merampas seba­nyak 133 botol kecil yang mengandungi 83 liter air ketum dianggarkan bernilai RM3,000.

Katanya, polis turut merampas daun ketum seberat empat kilogram, 500 botol kosong, wang tunai sebanyak RM1,300 dipercayai hasil jualan air ketum dan beberapa alat untuk memproses ketum di dalam rumah tersebut.

“Hasil siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek aktif mengedar air ketum sejak dua tahun lalu dan menjadikan rumah yang disewa itu sebagai lokasi untuk menjual bahan tersebut bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 te­ngah malam setiap hari.

“Rata-rata pelanggan mereka terdiri daripada golongan penuntut dari beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.