Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek yang berusia 47 dan 43 tahun itu ditahan pada 28 November lalu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan dekat sini.

Katanya, perbuatan kedua-dua suspek terbongkar selepas salah seorang ­mangsa dihubungi oleh agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah kerana didakwa belum menjelaskan bayaran.

“Mangsa sebenarnya berurusan dengan suspek lelaki yang merupakan pengurus agensi pelancongan itu bagi cawangan di daerah ini.

“Suspek dipercayai meminta mangsa menjelaskan bayaran ke dalam akaun syarikat yang mempunyai nama seakan-akan nama agensi pelancongan itu yang mana isterinya merupakan pengarah syarikat tersebut,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.