Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Faizal Said, 20, dan Nur Fitri Iryani Sani, 19, selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Hukuman penjara itu diarah bermula semalam.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan kekasih itu didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran anak perempuan mereka dengan mengebumikan mayat mangsa dengan sulit setelah bayi itu mati selepas dilahirkan.

Kedua-dua tertuduh yang merupakan pelajar kolej swasta di sini didakwa melakukan keĀ­salahan itu di Pangsapuri Kelana Sentral, Jalan SS 6/12, Kelana Jaya, di sini pada pukul 10 malam, 23 Ogos 2017.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.