Mayat A. Wahab Yusof, 72, dan isterinya, Nilam Ibrahim, 70, ditemui pukul 11.05 malam selepas polis memecah masuk rumah yang didiami pasangan itu sejak 31 tahun lalu.

Jasad Wahab ditemui terba­ring terlantar atas lantai di sisi isterinya yang meninggal dunia di atas katil kerana tidak dapat bergerak akibat lumpuh.

Jiran pasangan itu, Ruhany Abdullah, 61, berkata, dia sudah tidak melihat kelibat Wahab yang tinggal di sebelah rumah­nya sejak enam hari lalu sebelum tergerak hati untuk menje­nguk pasangan warga emas itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.