Beliau berkata, pihaknya menolak kedua-dua calon Perdana Menteri yang dipilih Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

"Kami ada pendirian kami sendiri. Dua-dua (calon Pakatan Harapan dan BN) kami tolak.

"Siapa pilihan kami, tunggu dululah. Ini nak bergaduh bagai. Tunggulah dahulu. Ini bergaduh, nak masak tempoyak atau gulai sedangkan ikan tidak dapat lagi. Bagi menang dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Mini JKR Seksyen 17, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Pas menamakan calon Perdana Menteri mereka sebelum PRU14.

Kira-kira 1,000 orang pemimpin dan ahli Pas hadir pada himpunan tersebut. - K! ONLINE