Beliau berkata, kerjasama yang terjalin pada PRK DUN Sungai Kandis adalah satu permulaan bagi kedua-dua parti tersebut dan beberapa impak telah berlaku hasil kerjasama itu.

“Saya melihat Sungai Kandis adalah satu pendahuluan yang sangat positif dan yakin di Seri Setia, ia akan meningkat lagi. Ini dapat dilihat dengan kehadiran pemimpin-pe­mimpin UMNO pada hari penamaan calon.

“Kita menyaksikan perubahan sudah berlaku di Sungai Kandis apabila peratus pengundian rendah dan kita lihat undi Pakatan Harapan (PH) menurun, ini satu petanda perubahan yang sangat menarik dan saya yakin kali ini (PRK Seri Setia) berpihak kepada kita,” katanya pada pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya Pas bagi PRK DUN Seri Setia di pejabat Pas Sela­ngor di Seksyen 13 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.