Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, pihaknya berharap pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebelum pusat pengundian ditutup pukul 5.30 petang ini.

"Sehingga pukul 3 petang tadi,  jumlah pengundi yang turun ke PRK Seri Setia amat rendah.

"Justeru, saya menyeru kepada semua pengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab anda yang amat besar ini. Pastikan anda tidak terkecuali kerana mengundi satu kewajipan,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehingga pukul 3 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya merekodkan hanya 38 peratus pengundi keluar untuk mengundi pada PRK DUN Serti Setia.

PRK DUN Seri Setia merekodkan sebanyak 50,722 pengundi berdaftar. - K! ONLINE