Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci ketika Muktamar Pas ke-64 yang menghimpunkan lebih 1,200 perwakilan daripada seluruh negara di Kuala Terengganu pada Sabtu dan Ahad ini.

"Kita tengok dahulu (perjalanan) mesyuarat (Pas) pusat bagaimana (di Kuala Terengganu) dan daripada situ kita akan putuskan sama ada bertanding atau pun tidak.

"Jika pusat putuskan untuk meletakkan calon, maka kita akan bertanding.

"Bagaimanapun kita juga akan berunding dengan parti pembangkang yang lain seperti mana yang diguna pakai ketika PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis (kesemuanya di Selangor) baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi kawasan berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah melepaskan jawatan itu hari ini bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim  bertanding untuk menyertai kembali Parlimen dan seterusnya membolehkan beliau menjadi perdana menteri kelapan. - Bernama