Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan beberapa pihak supaya langkah itu menjadi syarat membuka taska bagi memantau keselamatan kanak-kanak.

"Untuk menyelesaikan masalah ini, kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang menyentuh soal 'memutihkan' pusat asuhan kanak-kanak tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mencadangkan jabatan khusus bagi menyelaras semua aspek berkaitan pusat asuhan kanak-kanak.

Wan Azizah berkata, cadangan itu akan diteliti dengan lebih mendalam. - Bernama