Antara barangan yang dijual ialah susu, gula dan minyak masak selain bahan mentah seperti ayam segar serta ikan.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin turun padang meninjau program tersebut yang bertujuan membantu penduduk setempat dalam menangani kos sara hidup.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain.

Sementara itu, Kelab Anak Perantauan Rompin (Kelar) turut menyertai program berkenaan dengan mengedarkan 100 kampit beras dan 100 sarang telur secara percuma kepada pengunjung yang hadir.

Agihan barangan tersebut telah diketuai oleh Presiden Kelar, Mohd. Herman Awang dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa kelab berkenaan.

“Kami membeli beras dan sarang telur daripada Program Jualan Sentuhan Rakyat itu dan kemudian menyerahkannya secara percuma kepada orang ramai sebagai satu cara kami sebagai anak-anak Rompin yang sudah berjaya memberi semula kepada masyarakat.

“Program seperti ini akan dianjurkan secara berterusan di seluruh daerah Rompin di kawasan yang strategik,” ujarnya. - K! ONLINE