Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, kesediaan Qatar itu disuarakan semasa lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke negara tersebut akhir bulan lalu.

"Saya difahamkan dana ini akan dilipat ganda untuk menolong mereka (pelarian UNHCR) supaya mereka akan jadi lebih manfaat kepada sistem kerja negara ini," katanya ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mahu tahu mengenai tanggungan kerajaan bagi menguruskan pelarian UNHCR di negara ini dan sama ada mereka akan dibenarkan bekerja secara sah.

Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata, satu mekanisme baharu untuk menangani isu pekerja asing termasuk pembantu rumah yang melarikan diri daripada majikan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, mekanisme itu yang turut didasari model negara luar, sedang diperhalusi. - Bernama