Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, isu ketidakhadiran wakil rakyat PH pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang dan masalah tersebut boleh diselesaikan menerusi pelantikan 'backbenchers' berkenaan.

"Saya syorkan agar ketua-ketua whip PH mengadakan perbincangan dan melantik 'backbenchers' terlebih dahulu agar kuorum kerajaan mencukupi ketika sidang Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

"Majlis Presiden akan putuskan kemudian mengenai wakil-wakil 'backbenchers' selebihnya yang akan berada di Dewan Rakyat sekiranya menteri-menteri berkaitan tidak dapat menghadirkan diri ke Parlimen," katanya. - K! ONLINE