Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ini berikutan operasi itu difahamkan tidak mendapat kelulusan Kabinet kerajaan terdahulu.

Menurut Raja Kamarul Bahrin, hampir dua tahun beliau mempersoal tindakan Hishammuddin dan Najib dalam isu penglibatan ATM itu.

"Mengapa mereka berdua berdiam diri terutama Najib, adakah kerana Najib terlalu berhutang budi kepada keluarga (diraja) Arab Saudi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, berkata, Hishammudddin difahamkan tidak mendapat kelulusan Kabinet dari segi prosedur operasi standard untuk Ops Yaman 2.

Chin Tong dilaporkan berkata, pada asalnya anggota ATM telah diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

Kerajaan Pakatan Harapan menghentikan operasi itu pada 4 September lalu dengan menarik balik pasukan ATM di Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia. - Bernama