Katanya, beliau dimaklumkan oleh rakannya dalam pentadbiran kerajaan bahawa keputusan itu akan berkuat kuasa serta merta.

"Saya dimaklumkan tentang keputusan itu dan saya fikir ia adalah langkah baik oleh kerajaan berikutan penghormatan sewajarnya perlu diberikan pada sidang Parlimen.

"Bagi saya secara peribadi, saya fikir jika seorang menteri itu tidak dapat hadir, sekurang-kurangnya timbalan menteri boleh ambil alih (hadir)," katanya semasa ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, beberapa anggota Parlimen (MP) pembangkang membangkitkan soal ketidakhadiran Ahli Parlimen yang merupakan menteri dan timbalan menteri  dalam sidang Dewan Rakyat pada sesi tengah hari. - Bernama