Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, projek pembinaan terminal feri baharu itu akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk disiapkan. 

"Kita masih kekalkannya (terminal baharu) di lokasi sedia ada tetapi kita akan pastikan lokasi terminal feri yang akan dibina itu tidak akan berlaku mendapan dan banjir seperti mana di terminal sebelum ini.

"Malah proses pembinaan itu juga tidak akan menjejaskan mana-mana penumpang feri," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) pada sesi soal jawab lisan. 

Dr Azman ingin tahu jika kementerian akan memindahkan kedudukan Terminal Feri Kuala Kedah ke suatu lokasi yang lebih strategik dan berpotensi agar tidak mendatangkan masalah pada masa depan. - Bernama