Maszlee berkata, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.

"Kementerian prihatin dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Hasanuddin Mohd Yunus (PR-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah. - Bernama