Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, ini kerana peranan CEP hanyalah dalam kapasiti penasihat dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif.

"Kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) juga melantik banyak advisory body (badan penasihat) seperti advisory bodies on 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) (badan penasihat atas 1MDB) dan special advisory on many other bodies (penasihat khas atas badan-badan lain). Tetapi soal akauntabiliti atau locus standi bagi CEP ini tidak wujud kerana mereka ini hanya bertindak sebagai majlis penasihat yang tidak terikat dengan apa-apa perundangan. 

"Isu akauntabiliti adalah terletak kepada Jemaah Menteri. Laporan yang diberikan kepada kerajaan tidak semestinya binding on the government (mengikat kerajaan)," katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Persidangan sebelum itu sedikit kecoh apabila Khairy bangkit mempertikaikan peranan CEP yang didakwanya bukan hanya bertindak sebagai penasihat tetapi juga memberi arahan kepada kerajaan. - Bernama