Wakil Pulau Pinang, Ahmad Zaki Shah Headan berkata, pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang akta khusus untuk mengekang gangguan seksual yang semakin menular dalam masyarakat.

Memberi contoh India dan Filipina yang mempunyai akta khusus berhubung gejala itu, beliau berkata, kewujudan akta itu akan menjadi garis panduan kepada pihak berkuasa bagi membela nasib mangsa dan mendapatkan keadilan.

“Jika ada akta, kita dapat memberi garis panduan dalam mengelakkan masalah itu daripada berlaku termasuk definisi dan prosedur untuk memproses aduan berkaitan gejala itu,” katanya semasa membahaskan usul agar kerajaan meggubal Akta Gangguan Seksual pada persidangan Parlimen Belia di sini, hari ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini bercadang menggubal Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa gangguan seksual terutamanya dalam kalangan wanita. - Bernama