Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira pukul 10.20 malam tadi.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2019 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan disokong Timbalannya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

RUU Perbekalan 2019 yang dibentangkan Guan Eng pada 2 November lalu, dibahaskan selama 15 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 12 November lepas.

Belanjawan 2019 memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dan daripada jumlah itu, RM56.7 bilion adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan. - Bernama