Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, sebanyak 64 majikan turut ditahan dalam operasi itu kerana menggaji atau melindungi PATI.

Beliau berkata, sebanyak 118,176 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sejak 2016 sehingga Jun lepas menerusi 34,426 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan sepanjang tempoh itu.

"Seramai 3,293 majikan yang masih berdegil menggaji atau melindungi PATI turut ditahan sepanjang tempoh ini," katanya bagi menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang ingin tahu langkah kerajaan menangani kebanjiran warga asing berdaftar dan tidak berdaftar. - Bernama