Kisah kejayaan menerusi papan iklan tersebut meliputi bidang sosial dan keagamaan, ekonomi, keusahawanan, sukan, pendidikan dan pemba­ngunan fizikal merupakan testimoni BN Terengganu untuk terus menerima kepercayaan rakyat negeri itu pada PRU-14.

Ia termasuklah 144 cerita kejayaan anak-anak kelahiran Terengganu pada peringkat nasional dan antarabangsa sebagai mengiktiraf kehebatan dan semangat juang mereka.

Antara cerita kejayaan anak jati Terengganu itu ialah kejayaan pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin, 51, menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya, Asia Tengah yang setiap satu mempunyai ketinggiannya melebihi 5,000 meter dari aras laut pada tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.