Setiausaha UMNO Bahagian, Ahmad Nizam Mohd. Hassan berkata, pihaknya menyedari kejadian tersebut pagi tadi dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada pukul 3.30 petang tadi.

"Kami sangat kecewa apabila melihat cat hitam disimbah pada muka PM ketika kita sedang membuat persiapan untuk menempuh Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei depan.

"Kejadian seperti ini tidak patut berlaku kerana semua parti politik yang bertanding harus bersikap lebih matang dan memelihara hak masing-masing," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya menggesa siasatan segera dilakukan bagi mengenal pasti individu yang melakukan perkara tersebut dan menyeru orang ramai yang melihat kejadian itu agar tampil bekerjasama dengan pihak polis. - K! ONLINE