Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching  turut menasihati guru supaya menghantar murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah membendung penularan kes tersebut di sekolah.

"Rekod daripada Kementerian Kesihatan telah menunjukkan trend penurunan kes penyakit ini dalam kalangan murid setiap minggu dan berdasarkan laporan yang kita terima setakat ini, tiada lagi sekolah yang ditutup kerana penyakit HFMD ini.

"Kita juga sarankan guru menjalankan aktiviti pembersihan di dalam kawasan kelas sebagai cara untuk menghindari jangkitan penyakit tersebut," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutupan  Persidangan Antarabangsa Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Penutur Bukan Jati anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. - Bernama