Pengarah program, Muhamad Hanis @ Hans Azman Atar berkata, acara yang diadakan di IJM Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang itu bertujuan mengimarahkan dan memeriahkan bulan Ramadan dengan acara yang mampu mengeratkan lagi perpaduan.

k
Penduduk sekitar IJM Bandar Rimbayu, Eco Sanctuary, Tropicana Aman, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor menerima Bubur Lambuk Makanan Warisan Mega Selangor 2019 dalam program anjuran Pantas, MPP Zon 3 Majlis Daerah Kuala Langat, Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang.

"Kita mahu menjalinkan hubungan yang baik antara badan pertubuhan bukan kerajaan pihak berkuasa tempatan dan penduduk dengan menjadikan acara ini sebagai program tahunan bagi merapatkan jurang antara golongan memerlukan agar tidak tersisih melalui program kebajikan," katanya dalam satu kenyataan.

Program yang yang melibatkan 3,000 orang dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia itu turut dihadiri oleh Penaung Pantas, Shelliza Saharudin. - K! ONLINE