Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Green Navy 2018 - 2030 iaitu Pangkalan Rendah Karbon yang dimulakan pada akhir tahun 2016.

“Setelah lebih 30 tahun, Pangkalan TLDM Lumut masih boleh dikategorikan sebagai pangkalan yang gah dan kita merasakan ia satu peluang untuk menunjukkan bahawa aset-aset kerajaan ini dijaga serta diselenggara dengan baik dan menggunakan teknologi hijau bagi menyokong dasar kerajaan.

“Memandangkan TLDM telah merangka Pelan Green Navy dua tahun lepas, ia memudahkan kita menyumbang kepada usaha LCCF ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi TLDM 2018 di Auditorium Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Pada majlis itu, Komander Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Alias Baharudin menerima sijil LCCF daripada Setiausaha Bahagian Regulatori dan Pembangunan Industri Sektor Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Fairuz Abdul Halim. - K! ONLINE