Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tinjauan CFM menerusi undian dalam talian ke atas 1,800 pengguna menunjukkan 67.5 peratus pengguna memilih pakej internet tersebut dan 50.8 peratus pengguna mempunyai langganan internet antara RM100 hingga RM200.

Undian pada Julai lepas itu juga mendapati 85.8 peratus pengguna tidak berpuas hati dengan kelajuan internet mereka.

"Ini menunjukkan pengguna di Malaysia berharap untuk menikmati perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga mampu milik sesuai dengan kelajuan penggunaan di rumah," katanya.

Mohammad Yusrizal berkata, CFM akan terus melakukan usaha untuk mengumpulkan pandangan daripada orang awam dan pihak berkepentingan yang berkaitan bagi penambahbaikan industri. - Bernama