Menerusi janji yang terkandung dalam manifesto PRU-14 itu, Pakatan Harapan turut mahu menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) sehinggalah peminjam memperoleh gaji RM4,000 sebulan selain mengenal pasti hutang-hutang peneroka Felda yang boleh dimansuhkan. 

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah ketika membentangkan manifesto berkenaan berkata, dokumen tersebut dibentuk berdasarkan lima teras iaitu meringankan bebanan kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik serta merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.