Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (gambar kecil) berkata, pelaksanaan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat maklum balas dan keluhan daripada ibu bapa yang sering mengadu mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Katanya, langkah itu juga dapat membantu menceriakan para pelajar terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

“Bermula tahun depan, semua pelajar (sekolah rendah dan menengah) seluruh negara akan memakai kasut hitam dan bukannya kasut putih lagi.

“Situasi ini pastinya menggembirakan kala­ngan ibu bapa secara keseluruhan,” katanya pada program Bicara Minda bersama Menteri Pendidikan anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.