Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan itu dilakukan dalam kadar yang munasabah dan lebih rendah berbanding cukai balak dikenakan negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Perak.

"Perak, Terengganu dan Kelantan telah naik tiga hingga empat kali, tetapi royalti balak kita tidak naik sejak 31 tahun dan Alhamdulillah pertengahan tahun lepas sahaja kita dapat RM100 juta dan dijangka tahun ini kita jangka mampu memperoleh RM200 juta.

"Semua duit ini kita akan bagi semula kepada rakyat, dan kenaikan ini tidak melibatkan rakyat, hanya syarikat pembalakan yang mempunyai lesen terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Aktiviti Melombong Daerah Lipis (Ops Lombong 4.0) di sini hari ini.

Katanya, walaupun ada syarikat pembalakan yang datang memohon pertimbangan berhubung kadar baharu yang dikenakan itu, namun kerajaan negeri merasakkan kenaikan yang dikenakan itu wajar. - Bernama