Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu telahpun dikemukakan semasa mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dua bulan lalu, dan kini dalam peringkat penelitian lebih rapi.

"Semasa mesyuarat itu, pihak ECER memaklumkan budu yang dieksport mendapat permintaan tinggi dan saya juga meminta mereka turut melakukan kajian sama untuk tempoyak dan mungkin juga masukkan dalam tiub seperti budu.

"Jika kajian itu berjalan lancar, kita akan mengeksport tempoyak ke luar negara tidak lama lagi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fadil Osman (BN-Kemayan) semasa sesi soal jawab pada persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Mohd. Fadil sebelum itu bertanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak sama ada kerajaan negeri bercadang mengeksport masakan patin tempoyak. - Bernama