Majistret Nur Sulehan Abd. Rahman menjatuhi hukuman tersebut setelah tertuduh, Chai Tian Song, 43, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Tian Song yang tidak be­kerja itu didakwa melakukan penyeksaan dengan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak wajar ke atas seekor anjing betina jenis Mongrel miliknya.

Tertuduh didakwa me­lakukan perbuatan itu di dalam longkang di halaman rumah bernombor 11, Jalan Puchung 5, Taman Perling di sini pada pukul 1 petang, 30 Ogos 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 44 (1)(d) Akta Binatang 1953 (pindaan 2006) Akta 647 dan dibacakan bersama Akta Binatang (pindaan) 2013 (Akta A1452) yang boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 44(1) akta yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.