Kesemua mereka berusia 17 hingga 28 tahun itu diberkas pukul 2 pagi selepas didapati menunggang motosikal secara melulu tanpa mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya lain. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mereka tidak mengenali satu sama lain dan berlumba secara suka-suka atau dikenali 'game longgok'.

Katanya, pihaknya juga mendapati tiada penglibatan sindiket lumba haram atau pertaruhan berlaku antara mereka.

"Kita turut menyita enam buah motosikal jenis Yamaha 125Z dan sebuah Yamaha LC135 digunakan oleh penunggang tersebut. 

"Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan selepas direkodkan keterangan, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE