Kesemua mereka berusia 21 hingga 33 tahun itu ditahan dalam sebuah bot tunda pukul 5.30 petang oleh Pasukan Polis Marin (PPM).

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, bot tersebut juga didapati menggunakan mata pukat bahagian keroncang kurang daripada 38 milimeter (mm) yang tidak dibenarkan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis ikan campur kira-kira 400 kilogram.

“Nilai kesemua rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM127,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut turut mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat lesen iaitu menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Negara.

Tambah Khairuddin, kesemua mereka termasuk barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Kuala Selangor untuk tindakan seterusnya. - K! ONLINE