Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, suspek berusia 18 tahun dikatakan cuba mencuri sebuah bot namun perbuatannya itu dilihat penduduk kampung.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pemiliknya dan suspek berjaya ditangkap lalu diikat pada sebatang pokok sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek berusia 18 tahun direman selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Disember," katanya. - K! ONLINE.